INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Dun :
Parlimen :
Daerah :

jumlah penduduk felda Kemahang 3 1230 orang termasuk 445 peneroka tetap & pekerjaan penduduk setempat

Rekreasi & Pelancongan

Menarik Berhampiran adalah Padang bukit yang terletak kira 18km dengan felda Kemahang 3 , padang bukit adalah sebuah empangan menyimpan air untuk kegunaan petani.keistimewaannye pemamdangan yang cantik dan juga tempat kaki pancing memancing

Kedai Makan Menarik Berhampiran – kedai mee celup Kak Mah, Makanan yang istimewa mee celup,maggi celup dan air jeruk mangga

Kemudahan Awam
• masjid felda kemahang3, • klinik kesihatan, • taman permainan, • gelanggang sepak takraw, • dewan orang ramai, • kedai2 makan dan kedai2 runcit, • sek rendah dan sekolah arab, • pusat latihan jahitan
Pendidikan
UPSR = 5% PMR = 7% SPM = 35% STPM & ke atas = 53%
Kisah Kejayaan

Fadhil :Usahawan makanan/minuman bergerak

Setelah tamat SPM ,beliau bekerja sebagai operator kilang dengan gaji RM600.Setelah 5 tahun bekerja gajinya naik mencecah RM900.Namun beliau berasa tidak puas dengan gaji yang diperolehi.Isterinya pula hanya suri rumah menjaga anak-anak. Akhirnya beliau berhenti kerja dan menjadi penjaja bergerak dengan motosikal roda tiga menjual pelbagai makanan dan minuman sejak pagi hingga petang.

Pagi menjual bihun,nasi lemak,kuih dan air panas siap bungkus.Petang pula menjual buahan potong .Kawasan jualan adalah kawasan pembinaan,taman perumahan,hadapan sekolah,hadapan kilang,taman rekerasi, dan di tepi jalan di mana pekerja memotong rumput atau pekerja membina jalan,serta penyapu sampah.

Bulan pertama beliau mendapat pendapatan bersih RM1000.Bulan kedua meningkat kepada RM3000.Setelah 3 tahun berniaga,akhirnya mampu membeli van dan pelanggan semakin bertambah.

Kini beliau mampu membeli tanah dan membina rumah bernilai RM100,000 dan mempunyai restoran setelah bergelar penjaja jalanan selama 10 tahun.kini Fadhil ingin membesarkan perniagaanye dengan secara online.

Tahun ini saya baru mencuba berniaga secara online.setelah saya menghadiri ke pusat internet 1 malaysia.kini saya amat aktif ke pusat internet 1 malaysia untuk kemaskini bisnes saya.dengan adanya pusat internet ini banyak member saya kemudahan unruk berniaga.




Saya bernama Fatmawati Binti Ariffin merupakan seorang pengurus restoran yang beroperasi di Bandar Tanah Merah Kelantan. Restoran saya kini sudah beroperasi selama 7 tahun berkat pertolongan saudara mara dan kini PI1M pula banyak membantu saya dari segi pengurusan akaun,celik IT, promosi dan sebagainya.

Sekarang ini saya lebih banyak menggunakan perkhidmatan internet untuk mengembangkan lagi perniagaan saya ini walaupun masih dlm proses pembelajaran. Perancangan saya ingin mempromosikan perniagaan saya melalui facebook,twitter,blog dan sebagainya dalam masa terdekat. Melalui pendekatan ini saya yakin perniagaan saya lebih dikenali dan maju. Setelah mempelajari serba sedikit cara penggunaan internet, kehidupan saya lebih mudah dan teratur. Saya tidak perlu lagi keluar berjam-jam hanya untuk membayar bil elektrik,bil air dan bil astro,hanya menggunakan perkhidmatan internet semua bil dapat dijelaskan dalam masa 5 minit sahaja. Ini mampu menjimatkan masa,tenaga dan minyak kereta saya.

Kehidupan saya sebelum mempelajari cara penggunaan internet agak kelam kabut sedikit. Banyak perkara saya lakukukan secara manual contohnya cara promosi menu masakan baru hanya dengan menampal poster dan hebahan mulut ke mulut,pembayaran pula perlu meninggalkan restoran agak lama untuk ke tempat pembayaran. Pengurusan akaun perniagaan saya tidak begitu teratur dan sistematik yang pasti akan memeningkan kepala saya. Setelah mempelajari perisian excel,akaun perniagaan saya lebih tersusun dan menjimatkan masa saya.

Setelah menjadi ahli PI1M pada tahun lepas,impak yang terbesar telah berlaku dalam hidup saya. Saya merasakan perlunya saya mengambil kesempatan mempelajari internet yang disediakan di PI1M untuk mengembangkan perniagaan saya. Saya juga sedar, zaman kini internet amat penting dalam kehidupann kita apatah lagi dalam perniagaan saya. Saya tidak boleh mensia-siakan peluang ini. Banyak perkara kita boleh pelajari dan ketahui dengan menggunakan internet. Saya mendapat ilham untuk mencapai kejayaan setelah menemani anak saudara saya ke PI1M untuk mencari bahan kerja khususnya. Bermula dari situ saya mendapat ilham untuk menggunakan internet dalam perniagaan saya.

Pertama kali menjejakkan kaki di PI1M, saya merasakan tempat ini hanya sesuai untuk budak-budak dan juga pelajar sekolah untuk merehatkan minda disamping mencari bahan-bahan untuk pelajaran. Tetapi setelah diberi penerangan ringkas oleh pengurus dan penolong pengurus PI1M, baru saya faham matlamat dan tujuan penubuhan PI1M ini. Saya tertarik untuk datang ke PI1M berulang kali kerana perkhidmatan internet yang agak laju,suasana yang selasa dan nyaman serta layanan pengurus dan penolong pengurus yang terbaik. Mereka banyak membantu saya dalam mengenali komputer dan internet.

Sebenarnya begitu banyak cara yang dapat digunakan oleh PI1M untuk membantu individu atau kumpulan mencapai kejayaan. Salahsatunya dengan memberi pendedahan mengenai pentingnya penggunaan internet dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan. PI1M juga boleh membantu dengan mengadakan program usahawan, mengajar cara mempromosikan baranagn atau perkhidmatan menggunakan internet, mengajar cara berjual beli secara atas talian dan sebagainya.

Saya mencadangkan agar PI1M ini dikekalkan sampai bila-bila disamping ditambahbaik dari semasa ke semasa.PI1M juga harus di perbanyakkan di kawasan pedalaman seluruh negara agar kemudahan internet ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat malaysia. Kitakan 1 MALAYSIA.




Nama Individu : MOHD ALI SABRI BINTI ARIFFIN
Butiran diri : 45 tahun, lelaki,SPM, pengurus restoran
Alamat premis perniagaan : 449 Jalan Tasek,17500 Tanah Merah,Kelantan
Nombor telefon : 010-9056185
Nama perniagaan : RESTORAN MUHIBBAH
Jenis perniagaan / perkhidmatan : Menyediakan masakan berlauk dan masakan panas
Tahun menjadi ahli PI1M/ menggunakan perkhidmatan PI1M : 2013
Anggaran pendapatan bulanan : RM3000 – RM4000

Kelas latihan yang telah dihadiri di PI1M :-
-Microsoft excel
-Microsoft office
-Asas Keusahawanan

Kemahiran ICT sebelum dan selepas menjadi ahli PI1M :-
Sebelum ini membuat akaun secara manual dengan menulis tangan.Setelah menghadiri kelas di PI1M,membuat akaun menggunakan excell. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

Bagaimana anda menggunakan internet untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda? :-
Sekarang ini saya lebih banyak menggunakan perkhidmatan internet untuk mengembangkan lagi perniagaan saya ini walaupun masih dlm proses pembelajaran. Perancangan saya ingin mempromosikan perniagaan saya melalui facebook,twitter,blog dan sebagainya dalam masa terdekat. Melalui pendekatan ini saya yakin perniagaan saya lebih dikenali dan maju

Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet? :-
Setelah mempelajari serba sedikit cara penggunaan internet, kehidupan saya lebih mudah dan teratur. Saya tidak perlu lagi keluar berjam-jam hanya untuk membayar bil elektrik,bil air dan bil astro,hanya menggunakan perkhidmatan internet semua bil dapat dijelaskan dalam masa 5 minit sahaja. Ini mampu menjimatkan masa,tenaga dan minyak kereta saya.

Bagaimana kehidupan anda sebelum mempelajari cara penggunaan internet? :-
Kehidupan saya sebelum mempelajari cara penggunaan internet agak kelam kabut sedikit. Banyak perkara saya lakukukan secara manual contohnya cara promosi menu masakan baru hanya dengan menampal poster dan hebahan mulut ke mulut,pembayaran pula perlu meninggalkan restoran agak lama untuk ke tempat pembayaran. Pengurusan akaun perniagaan saya tidak begitu teratur dan sistematik yang pasti akan memeningkan kepala saya. Setelah mempelajari perisian excel,akaun perniagaan saya lebih tersusun dan menjimatkan masa saya.

Apakah impak yang terjadi pada anda setelah menjadi ahli PI1M? :-
Setelah menjadi ahli PI1M pada dua tahun lepas,impak yang terbesar telah berlaku dalam hidup saya. Saya merasakan perlunya saya mengambil kesempatan mempelajari internet yang disediakan di PI1M untuk mengembangkan perniagaan saya. Saya juga sedar, zaman kini internet amat penting dalam kehidupann kita apatah lagi dalam perniagaan saya. Saya tidak boleh mensia-siakan peluang ini. Banyak perkara kita boleh pelajari dan ketahui dengan menggunakan internet.

Bagaimanakah anda mendapat ilham untuk mencapai kejayaan? :-
Saya mendapat ilham untuk mencapai kejayaan setelah menemani anak saudara saya ke PI1M untuk mencari bahan kerja khususnya. Bermula dari situ saya mendapat ilham untuk menggunakan internet dalam perniagaan saya.

Apakah pandangan pertama anda terhadap PI1M? :-
Pertama kali menjejakkan kaki di PI1M, saya merasakan tempat ini hanya sesuai untuk budak-budak dan juga pelajar sekolah untuk merehatkan minda disamping mencari bahan-bahan untuk pelajaran. Tetapi setelah diberi penerangan ringkas oleh pengurus dan penolong pengurus PI1M, baru saya faham matlamat dan tujuan penubuhan PI1M ini.

Apakah tarikan utama anda untuk datang dan menggunakan kemudahan di PI1M? :-
Saya tertarik untuk datang ke PI1M berulang kali kerana perkhidmatan internet yang agak laju,suasana yang selasa dan nyaman serta layanan pengurus dan penolong pengurus yang terbaik. Mereka banyak membantu saya dalam mengenali komputer dan internet.

Bagaimanakah cara PI1M dapat membantu bagi mencapai kejayaan individu/kumpulan lain? :-
Sebenarnya begitu banyak cara yang dapat digunakan oleh PI1M untuk membantu individu atau kumpulan mencapai kejayaan. Salahsatunya dengan memberi pendedahan mengenai pentingnya penggunaan internet dalam kehidupan untuk mencapai kejayaan. PI1M juga boleh membantu dengan mengadakan program usahawan, mengajar cara mempromosikan baranagn atau perkhidmatan menggunakan internet, mengajar cara berjual beli secara atas talian dan sebagainya.

Berikan cadangan dan pandangan bagi menambahbaik PI1M? (kemudahan, aktiviti latihan / kursus, promosi dan lain-lain) :-
Saya mencadangkan agar PI1M ini dikekalkan sampai bila-bila disamping ditambahbaik dari semasa ke semasa.PI1M juga harus di perbanyakkan di kawasan pedalaman seluruh negara agar kemudahan internet ini dapat dinikmati oleh seluruh rakyat malaysia.

Keusahawanan
AYAM PROSES (TIE ABE ENTERPRISE)

Nama :MOHD SANI OTHMAN
No Telefon :017-9086991
Alamat :NO.33 JLN MELATI,FELDA KEMAHANG3,17500 TANAH MERAH,KELANTAN
Alamat email :tiada
Produk yang dipasarkan :AYAM PROSES
Mula berniaga :TAHUN 2000
Website :tiada


KEDAI RUNCIT (KEMAHANG MART)

Nama : MUHAMMAD LOTFFI DERAMAN
No Telefon :019-9626706
Alamat : FELDA KEMAHANG3,17500 TANAH MERAH,KELANTAN
Alamat email : tiada
Produk yang dipasarkan : BARANGAN RUNCIT
Mula berniaga : TAHUN 2006
Website : tiada


DAILYCIOUS FROZEN FOOD

Nama : MOHD HARIEF BIN MOHAMMAD NOR
No : 013-9983256
Alamat : No 352 FELDA KEMAHANG3,17500 TANAH MERAH KELANTAN
Email : m.harief85@gmail.com
Produk yang dipasarkan : FROZEN FOOD
Mula berniaga : 2013
Facebook : DailyCious Frozen n cake