Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Sejarah Kampung Felda Kemahang 3 bermula dengan pokok mahang tercetusnya nama Felda Kemahang. Ketika dahulu sebelum tanah Felda Kemahang dibuka ianya adalah tanah hutan yang tebal yang penuh dengan pokok mahang.

Dengan disebabkan hutan pokok mahang yang tebal tercetuslah nama Felda Kemahang sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PERTANDINGAN “PI1M REWARD”

1 Oktober sehingga 31 Disember 2014 | Aktivit Terkini

Program PJK Reward ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan lagi Pusat Internet 1 Malaysia kemahang 03 kepada masyarakat setempat dan sekitar nya....... Read More

program kuiz ramadhan (bersama anjuran belia felda kemahang 03 dan pi1m felda kemahang 03)

20 June 2014 | Aktivit Terkini

Program Kuiz Ramadhan adalah satu program yang mendapat kerjasama dari pihak belia Felda Kemahang 03 semperna sambutan bulan Ramadhan, Program ini dikursuskan untuk Pelajar-pelajar Felda Kemahang 03 ,program ini dapat sambutan memuaskan dari Pelajar-pelajar Felda Kemahang 03,Seramai 30 peserta telah mengikuti program yang telah dijalani oleh pihak kami.antara acara yang diprogramkan Kuiz Ramadhan,Teka-teki,Kuiz online dan Teka Silang Kata.Program ini amat menggalakkan terutama dari pihak belia dan warga Felda Kemahang 03...... Read More

program celik it (bersama warga felda kemahang 03)

19 may 2014 | Aktiviti Terkini

Program Celik IT adalah satu pengajaran atau kelas untuk warga peneroka-peneroka yang berusia atau golongan tua,semua peserta yang terdiri dari penduduk Felda Kemahang 03.Seramai 12 peserta telah mengikut program yang dijalankan ini.antara pelajaran yang ditunjuk ajar (cara penggunaan internet dengan betul, Microsoft Office),dalam program ini amat menggalakkan terutama dari warga Felda Kemahang 03.......Read More

program kliK dengan bijak

12 April 2014 | Aktiviti Terkini

Program Klik Dengan Bijak adalah satu program dan satu pembelajaran untuk pelajar-pelajar cara penggunaan komputer dengan betul dan berfaedah,Sambutan ini dapat sambutan yang memuasakan dari pelajar-pelajar Felda Kemahang 03,Selain pembelajaran disampin itu kami mengadakan acara-acara seperti kuiz mengenali komputer dan satu tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak.Seramai 25 orang peserta menghadiri program yang dijalankan di PI1M Felda Kemahang 03.... Read More

Program sukan rakyat "sukan menjana kesihatan rohani & jasmani"

15 March 2014 | Aktiviti Terkini

Program Sukan Rakyat adalah satu program yang dianjurkan oleh pihak PI1M Felda Kemahang 03 dan Persatuan Belia Felda Kemahang 03,Sukan Rakyat ini dibuat untuk mengeratkan silaturrahim antara warga felda kemahang 03.....Read More

PROGRAM pertandingan kuiz kesihatan

8 Febuary 2014 | Aktiviti Terkini

Program Pertandingan Kuiz Kesihatan adalah satu program untuk menarik tarikan pelajar-pelajar untuk datang ke PI1M Felda Kemahang 03 dan untuk mengambilberat betapa pentingnya kesihatan.dalam program ini pihak PI1M Felda Kemahang 03 mengadakan beberapa aktiviti iaitu pertandingan kuiz kesihatan,seramai 30 peserta telah menghadiri program ini.ia amat menggalakan untuk tarikan dan pembelajaran pelajar-pelajar ke Pusat Internet 1 malaysia Felda Kemahang 03.......Read More