Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Sejarah Kampung Felda Kemahang 3 bermula dengan pokok mahang tercetusnya nama Felda Kemahang. Ketika dahulu sebelum tanah Felda Kemahang dibuka ianya adalah tanah hutan yang tebal yang penuh dengan pokok mahang.

Dengan disebabkan hutan pokok mahang yang tebal tercetuslah nama Felda Kemahang sehingga kini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

HARI KELUARGA FELDA KEMAHANG 3

Aktiviti Terkini | 16 September 2017

Dengan adakan Hari Keluarga, peserta dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di antara satu sama lain, dan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta....baca selanjutnya

PROGRAM KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 30 Ogos 2017

Aktiviti Kuiz Kemerdekaan dan Kelas ICT ini, setiap peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan dapat mengaplikasikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian. Disamping, dapat mendekatkan peserta dengan teknologi ICT....baca selanjutnya

'QUALIFYING ROUND - DIGI-PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer.....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH @ ZIARAH & MAJLIS SAMBUTAN RAYA

Aktiviti Terkini | 08 Julai 2017

Program Jalinan Kasih @ Ziarah & Majlis Sambutan Jaya, peserta dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di antara satu sama lain, dan dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan peserta....baca selanjutnya

MAJLIS BERBUKA PUASA ANJURAN PI1M KEMAHANG 3

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2017

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk berbuka puasa bersama-sama, mengimarahkan masjid sempena bulan Ramadhan dan memperoleh ganjaran pahala yang banyak...baca selanjutnya

SUKANEKA RAKYAT

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Aktiviti ini diadakan dapat memupuk perasaan perpaduan sesama masyarakat yang berbilang latar belakang menerusi penglibatan masyarakat dalam acara sukan yang dipertandingkan....baca selanjutnya

Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 07 - 09 Mei 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

CERAMAH PENYALAHGUNAAN DADAH OLEH AADK

Aktiviti Terkini | 29 April 2017

Ceramah ini dapat memberi pendedahan kepada ibubapa tentang memainkan lebih peranan dalam membimbing anak-anak mereka supaya menjauhi dadah dan meningkatkan kesedaran penduduk tentang bahayanya penyalahgunaan dadah....baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG KECERIAAN SEKITAR MASJID & PI1M FELDA KEMAHANG 3

Aktiviti Terkini | 18 Mac 2017

Aktiviti ini dapat membina semangat positif antara masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan dan mewujudkan satu semangat kepada peneroka bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan....baca selanjutnya

Pengurusan Jenazah

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2017

Kelebihan aktiviti ini adalah untuk mendidik penduduk felda mengenai kepentingan pengurusan jenazah di kawasan kejiranan mereka dan mengelakkan kebergantungan kepada generasi lama dalam melaksanakan pengurusan jenazah sebaliknya generasi muda Islam perlu mempelajari tanggungjawab fardu kifayah ini. Selain itu, ia akan memberikan kesedaran dan keinsafan kepada peserta selaku generasi pelapis tentang pentingnya mempelajari pengurusan jenazah demi memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam kehidupan dan mengisi masa lapang di hujung minggu dengan menyertai aktiviti yang berfaedah....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID, PEJABAT BELIA DAN PI1M FELDA KEMAHANG 3

Aktiviti Terkini | 13 Januari 2017

Aktiviti ini melibatkan keseluruhan penduduk Felda Kemahang 3 dan bertujuan mengeratkan hubungan antara AJK Masjid, Persatuan Belia dan PI1M. Aktiviti membersih dan menceriakan kawasan Felda Kemahang 3 ini dapat mengelakkan penyakit bawaan nyamuk,lipas dan tikus...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti